Kelas Asas ICT (Animasi Power Point)
1 November 2019 | Aktiviti Terkini
Pada Khamis – 31 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu kelas membuat animasi menggunakan Microsoft Power Point. Peserta terdiri daripada 16 orang pelajar-pelajar dari Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 tengah hari selama 4 jam bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.
Kelas ini bertujuan memantapkan pengetahuan pelajar-pelajar Giat Mara dalam menggunakan menggunakan Microsoft Power Point. Dalam kelas ini, pelajar-pelajar di ajar menghasilkan animasi yang dibuat menggunakan shapes dan kemudian dijadikan sebagai animasi bergerak iaitu dengan penggunaan motion paths, dan lain-lain animation effect termasuklah memasukkan bunyi ke dalam MS power point. Selain itu, para pelajar juga diajar menggunakan animation dan transition sebagai tambahan penghalisan slaid yang lebih menarik. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak secara ringkas.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada animasi MS Power Point
3. Latihan membuat animasi dalam slide
4. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: